Berita

Pesta sukan udara bakal tarik 6,000 pengunjung

- Diterbit 17 November 2023 6:08 AM MYT

PESTA Paragliding Kuala Kubu Bharu dan Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok menyasarkan kehadiran seramai 6,000 pengunjung.

Pengarah Projeknya, Nazri Sulaiman berkata, daripada jumlah itu, lebih 1,000 pengunjung luar negara bakal menyaksikan festival yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor di Taman Tasik Melinium, Kuala Kubu Bahru.

PENGARAH Projek Festival merangkap Pengarah CloudBass, Nazri Sulaiman

Beliau berkata, festival itu akan melibatkan aktiviti pelancongan sukan udara yang popular untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan di Hulu Selangor.

“Matlamat penganjuran untuk mempromosikan produk dan program pelancongan yang dijalankan dalam Selangor dan seluruh Malaysia di samping memperkenalkan aktiviti paragliding sebagai salah satu produk sukan udara sebagai sukan lasak.

“Ia juga bertujuan menjadikan Kuala Kubu Bahru sebagai hub sukan udara yang mampu menerima juruterbang paragliding dari dalam dan luar negara,” katanya ia merupakan acara sukan tahunan dalam kalendar pelancongan Selangor.

Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu & Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) menampilkan CloudBass sebagai rakan teknikal dan pengurusan koordinator yang mendapat sokongan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Persatuan Seniman Malaysia sebagai rakan strategik.

PESTA Paragliding Kuala Kubu Bharu dan Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok menyasarkan kehadiran seramai 6,000 pengunjung.

Mengulas lanjut, Nazri memberitahu, penganjuran festival itu bakal memberi impak menerusi peningkatan jumlah kemasukan dan kehadiran para pelancong tempatan dan luar negara ke Kuala Kubu Bharu.

Jelas beliau, ia juga mampu merancakkan sosio ekonomi buat para pengusaha seperti premis penginapan, perusahaan industri kecil sederhana dan pengusaha kedai makan sepanjang festival berlangsung.

“Festival ini turut menjadi platform pendedahan dan pengetahuan am untuk orang awam berkenaan sukan udara yang terdapat di Hulu Selangor antaranya paragliding fun fly, tandem paragliding, aero modeling, persembahan dron dan paramotor microlight,” ujarnya.

Orang ramai dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada festival yang julung kali diadakan ini dan boleh layari laman Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok festival ini. – WILAYAHKU

 

Instagram:

https://instagram.com/kkbparaglidingpark?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==

 

TikTok

https://www.tiktok.com/@kkbparaglidingpark?_t=8hQdlPxlRPm&_r=1

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas