Berita

Pesawat pejuang TUDM alami masalah ‘nose landing gear’ semasa mendarat

- Diterbit 6 Mei 2025 8:45 PM MYT

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk yang mengalami masalah ‘nose landing gear’ semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada pukul 5 petang tadi.

Menurut Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pesawat tersebut terlibat dalam menjalani latihan ‘Opening Gambit’ untuk acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

“Juruterbang pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecedaraan,” jelasnya dalam kenyataan.

Katanya, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dengan lebih terperinci. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas