Berita

Perutusan Negara oleh PM Anwar malam ini

- Diterbit 21 Mei 2024 3:37 PM MYT

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan perutusan negara secara langsung di semua saluran media tempatan pada 9 malam ini.

Anwar berkata beliau akan memanfaatkan ruang itu untuk menerangkan serta mencerahkan pelbagai isu di dalam dan juga luar negara.

“Mohon rakan-rakan ikut serta, insya-Allah,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook hari ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas