ORANG ramai tidak lagi dibenarkan untuk belok ke kanan di Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan Raja Laut (Chow Kit) bermula 20 Disember ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata perubahan itu adalah untuk memastikan aliran trafik di pusat bandar sentiasa lancar dan teratur.
“Kenderaan dari arah Bukit Bintang yang ingin ke arah Chow Kit dikehendaki mengambil susur kiri di Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan Tuanku Abdul Rahman dan membuat pusingan di Jalan Dang Wangi”, jelas DBKL dalam satu kenyataan 14 Disember lalu.
Perubahan tersebut turut akan melibatkan fasa sistem lampu isyarat di persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan Raja Laut dan dijangka akan melancar serta mempercepatkan pergerakan keluar atau masuk kenderaan dari kawasan pusat bandar pada waktu puncak. OLEH AFIFAH AFIZAL – WILAYAHKU