Berita

Permohonan Red Notice terhadap Jho Low masih aktif

Jho Low
- Diterbit 14 Mac 2025 11:30 AM MYT

PERMOHONAN Red Notice atau Notis Merah (Fugitive Wanted For Prosecution) kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low masih lagi aktif.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), permohonan itu juga masih berkuat kuasa sehingga hari ini.

“Permohonan Red Notice (Fugitive Wanted For Prosecution) ke atas individu tersebut dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Red Notice itu juga telah disiarkan oleh Interpol serta masih lagi aktif,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Jho Low

KDN menjawab soalan Senator Datuk Seri SV Vell Paari sama ada kerajaan telah atau dalam proses untuk mengeluarkan sebarang notis Interpol terhadap Jho Low.

Kementerian itu memberitahu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan dalam buruan itu pada 4 Disember 2018.

“Susulan daripada itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membawa pulang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas