Berita

Perkhidmatan feri penumpang Terminal Kuala Perlis dihentikan

- Diterbit 13 Januari 2021 8:15 AM MYT

SYARIKAT Ferryline Ventures Sdn Bhd (Ferryline) menghentikan perkhidmatan feri penumpang keluar masuk dari Terminal Kuala Perlis ke Pulau Langkawi, Kedah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan pulau peranginan itu, bermula hari ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi syarikat itu, Kapten Baharin Baharom berkata bagaimanapun perkhidmatan feri Roll On- Roll Off (RoRo) ke Pulau Langkawi masih beroperasi seperti biasa.

“Operasi perkhidmatan feri (penumpang) akan dibuka semula apabila tamat PKPB nanti,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati keadaan Terminal Feri Kuala Perlis lengang.

PKPB dilaksanakan di enam negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan bermula hari ini sehingga 26 Jan.

PKP pula dilaksana dalam tempoh yang sama bagi Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, manakala Perlis dan Sarawak pula dikenakan PKP Pemulihan (PKPP). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas