Berita

Penyasaran subsidi RON95 pertengahan 2025 – PM Anwar

- Diterbit 18 Oktober 2024 5:00 PM MYT

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkn bahawa kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi
petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Katanya, kenyataan yang tidak dapat dimungkiri adalah warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

“Seyogia diperingatkan bahawa dana RM8 bilion ini lebih baik dimanfaatkan bagi
peningkatan
kemudahan pendidikan,
kesihatan serta pengangkutan awam,” katanya.

Perdana Menteri berkata sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah pada kadar RM2.05 berbanding negara tetangga seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02) dan Arab Saudi (RM2.66).

“Harga yang rendah menyebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion,” katanya.

Beliau enegaskan bahawa kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan.

“Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi
masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat.

“Maknanya, Kerajaan akan
terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion ringgit
untuk keperluan 85 peratus rakyat,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas