Biz

Penuhi permintaan… Butik ke-41 Siti Khadijah dibuka di Ampang

|Majlis pembukaan SK di Ampang turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular Ogy Ahmad Daud dan Isyariana|
- Diterbit 3 Ogos 2022 4:44 AM MYT

JENAMA Siti Khadijah atau lebih mesra dengan panggilan SK sudah tidak asing lagi dan sering dikenali dengan produk-produk busana buat semua muslimin dan muslimah.

Dari telekung, sejadah, pakaian, kasut, bag dan aksesori. Semuanya terdapat di Siti Khadijah.

Melalui Siti Khadijah. Banyak impak telah mereka berikan untuk kita seronok beribadat.

Jika suatu ketika dahulu, telekung dari usia kecil adalah warna putih akan digunakan sampai bila-bila. Bentuk wajah dah semakin besar, ukur lilit pipi semakin besar. Namun, masih kekal dengan telekung lama. Fabrik lusuh dan bertahi lalat.

Melalui Siti Khadijah, ramai yang mula belajar tentang material fabrik telekung yang selesa, saiz bukaan di bahagian muka, labuh dan warna yang menceriakan.

Untuk itu, demi pencinta SK, butik itu telah membuka cawangan baharunya di Taman Dato Ahmad Ghazali, Ampang dan disempurnakan oleh pengasas Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman.

“Terima kasih kepada semua pelanggan dan pengguna yang menyokong produk SK, kami akan terus berkarya demi keselesaan semua pelanggan SK.

“Butik SK ini merupakan butik terbesar untuk kategori bukan outlet shopping mall. Selain itu, kita jadikan konsep rekaan luar butik ini sebagai instagrammable. Ala-ala shopping Ai Paris dengan ambience lampu antik dan hiasan.

“Apa pun, butik SK di Ampang Point ini merupakan satu lagi milestone penting dalam menjadikan SK sebagai satu jenama gaya hidup, lifestyle brand, yang bertaraf global,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd, Mohammad Munzir Aminuddin yang menganggap pembukaan butik di Ampang satu tindakan tepat.

“Pembukaan butik ke-41 di Ampang adalah bertepatan kepada permintaan dari pelanggan setia Siti Khadijah.

“Di Siti Khadijah, dua jenis kategori pelanggan yang sentiasa memberi sokongan. Mereka adalah yang membeli secara dalam talian dan mereka yang suka berbelanja di butik Siti Khadijah.
“Kami ingin kedua-dua jenis pelanggan ini gembira memiliki produk-produk Siti Khadijah walau dimana mereka berada.

“Di Siti Khadijah, kami bukan sahaja menjual telekung. Kami membina rantaian fesyen gaya hidup.

“Visi Siti Khadijah adalah ingin memudahkan umat Islam melaksanakan amal ibadah. Di Siti Khadijah Group, kami turut mempunyai anak syarikat seperti hijab dari Hegira. Pada masa akan datang, kita akan menambah lagi koleksi produk dan jenama di bawah Siti Khadijah Group,” ujarnya.

Majlis pembukaan SK di Ampang turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular Ogy Ahmad Daud dan Isyariana

Sempena pembukaan cawangan itu, banyak harga istimewa yang ditawarkan.

Antaranya ialah tawaran telekung serendah RM138 (Xiu Li) dan koleksi baharu Flair Eshal. Sebanyak 600 hadiah percuma dan sejumlah RM20,000 nilai baucar juga disediakan untuk pelanggang terawal.

Pelanggan juga berpeluang memenangi cabutan hamper barangan SK bernilai RM1,000.

Setiap pembelian Telekung Xiu Li yang berharga RM138 akan mendapat ‘giveaway’ bernilai RM48.

Selain daripada itu, SK juga memberi diskaun sehingga 157 untuk koleksi tudung Hegira. 30 pelanggan terawal yang membeli produk Hegira layak menerima 1 unit Hegira Box dan 1 unit Pouch Hegira.

Setiap pembelian koleksi baharu Flair Eshal Sweet Lavender & Dream Blue yang berharga RM199 turut mendapat voucher RM20.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular Ogy Ahmad Daud dan Isyariana yang merupakan pelakon dalam filem pendek terbaharu Siti Khadijah bertajuk Cantik. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas