Berita

Pengecualian caj RM1 guna MEPS masih dikekalkan

- Diterbit 1 Jun 2020 7:52 AM MYT

PUTRAJAYA – Pengecualian caj RM1 bagi mana-mana pengeluaran wang tunai menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS) masih lagi dikekalkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini tiada perbincangan atau permohonan daripada pihak bank berkaitan pengecualiaan tersebut.

“Jadi, kita boleh nikmati faedah yang kita peroleh hari ini dengan pengecualian tersebut,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kebenaran operasi ATM seperti biasa selama 24 jam bermula hari ini bagi memudahkan orang ramai membuat urusan perbankan.

ATM sebelum ini dihadkan beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam sebagai langkah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Pengecualian caj RM1 itu dilaksanakan bermula 6 April lalu dalam tempoh fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas