PENGANJUR konsert kumpulan Coldplay memberi jaminan bahawa kumpulan itu akan mematuhi garis panduan dan perkara-perkara yang ditetapkan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
Menurut Kementerian Komunikasi dan Digital, kumpulan berkenaan juga akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
“Berhubung dengan perkara yang diutarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan penganjuran konsert tersebut, hanyalah berupa pandangan dan bukannya fatwa.
“Sehubungan itu, konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour akan diteruskan pada hari ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, KKD melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) telah meluluskan permohonan persembahan konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour pada 13 Oktober lalu. – WILAYAHKU