Berita

Penemuan mayat lelaki tergantung tidak melibatkan warga UMS

- Diterbit 5 April 2025 10:30 AM MYT

KEJADIAN penemuan mayat lelaki di kawasan lereng bukit, Pantai ODEC, Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak melibatkan mana-mana pelajar atau kakitangan universiti tersebut.

UMS dalam kenyataan berkata, penemuan tersebut telah disahkan berlaku di luar sempadan kawasan kampus UMS.

“Untuk makluman, kejadian ini tidak melibatkan mana-mana pelajar atau kakitangan universiti ini.

“UMS telah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Pihak UMS menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan,” tegas kenyataan itu.

Terdahulu, mayat seorang lelaki ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan lereng bukit, menghala ke Kampung Kibagu, Kota Kinabalu.

Mayat lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu ditemui pada jam 1.20 tengah hari samalam dalam keadaan tergantung dengan tali. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas