PENDUDUK terjejas di Kampung Sungai Baru ekoran kebakaran paip gas masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana keadaan masih belum selamat.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan penduduk yang belum mendapat kebenaran pulang agar tidak ingkar dengan arahan tersebut kerana tiada jaminan keselamatan dapat diberikan.
“Ia berdasarkan laporan Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta jabatan berkaitan.
“Kita akan perketatkan kawalan kemasukan ini, di pihak polis kita ada kelonggaran tertentu untuk membenarkan mereka mengambil dokumen namun diiringi pihak bomba dan pegawai.
“Tetapi kalau masuk sendiri tanpa melaporkan kepada komandan di lapangan terutamanya saya bimbang berlakunya insiden yang tidak diingini,” ujar beliau baru-baru ini terdapat individu yang pulang ke rumah tanpa kebenaran terpaksa mendapatkan rawatan di PPS kerana berasa tidak selesa sejurus selepas pulang.
Terdahulu, sebanyak 130 daripada 235 unit rumah yang terlibat dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights disahkan selamat dan boleh diduduki. – WILAYAHKU