Berita

Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China tiba untuk lawatan kerja

Kredit foto: BERNAMA
- Diterbit 2 November 2023 8:43 AM MYT

PENASIHAT Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air China yang membawa Wang dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 12.15 tengah hari.

Antara yang hadir menyambutnya ialah Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi.

Wang dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Wang juga akan ke Melaka sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Malaysia. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas