NAMA Kaoru Miyazaki mungkin masih asing di Malaysia, namun penyanyi kelahiran Jepun ini tidak asing bagi peminat siri Anime .
Namanya pernah terpahat menerusi King of Thorn (2009), Mobile Suit Gundam: The Origin V-Clash at Loum (2017) dan Mobile Suit Gundam: The Origin III – Dawn Of Rebellion (2016).
Penyanyi berusia 36 tahun yang pernah berkolaborsi bersama David Foster ini bakal tampil menerusi konsert Aska Concert Tour 2025 -Who is Aska?
Selain menyanyi Kaoru juga berbakat dalam penulisan lagu Jepun yang semakin mendapat perhatian dalam industri muzik global.
Dikenali dengan suara yang merdu dan gaya muzik yang pelbagai, dia telah menarik peminat dari pelbagai latar belakang, bukan saja di Jepun tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Pada 2011, beliau menarik perhatian industri muzi apabila demo tape-nya mendapat sambutan positif daripada penerbit muzik.
Ini membuka peluang untuk beliau membuat debut secara rasmi pada 2012 dengan single Kimi to Sora.
Sejak debutnya, Kaoru telah menghasilkan beberapaalbum dan EP yang mendapat sambutan baik.
Antaranya 9 STORIES (2012), From Here (2017), The Light (2019) danBeautiful (2023).
Selain menjadi artis solo, beliau juga pernah menjadi vokalis sokongan untuk beberapa pemuzik terkenal.
Pada 2023, Kaoru membuat penampilan sulung di Amerika Syarikat menerusi Rising Japan Music Festival.
Dalam festival itu , dia menyatakan impiannya untuk berhubung denganpeminat dari pelbagai negara melalui muzik dan bahasa yang berbeza.
Kaoru dikenali dengan kebolehannya menyanyikan pelbagai genre muzik, daripada pop Jepun hingga balada yang penuh emosi.
Lirik lagunya sering kali menyentuh tema kehidupan, harapan, dan perjalanan emosi seseorang.
Ini menjadikannya sebagai artis yang bukan sahaja berbakat dalam nyanyian tetapi juga dalam menyampaikan mesej bermakna kepada pendengar.
Kaoru juga aktif di media sosial, termasuk Instagram danYouTube, di mana beliau berkongsi kemas kini mengenai muzik serta berinteraksi dengan peminat.
Salah satu persembahan yang menarik perhatian ramai ialah cover lagunya bagi lagu Adele, Easy On Me.
Jadi tidak hairanlah mengapa nama Kaoru Miyazaki bersinar dan bakal membuat penampilan istimewa menerusi siri jelajah Aska Concert Tour 2025 -Who is Aska?
Konsert itu akan memberikan pengalaman luar biasa, menampilkan karya-karya terbaik ASKA yang telah mengukir nama dalam dunia muzik selama lebih 45 tahun.
Apa yang pasti peminat akan dihiburkan dengan lagu-lagu popular seperti Say Yes, Morning Moon, serta karya-karya terbaharunya yang memberikan penghormatan kepada peminat setianya di seluruh Asia khususnya Malaysia yang menjadi persembahan sulung buat ASKA.
Lebih istimewa Konsert anjuran Digital Idea Multemedia ini hanya mengenakan tiket RM380.00 (all seats reserved) bagi semua katagori.
Tiket telah mula dijual sejak 6 Disember 2024 lalu. Bagi pembelian tiket boleh ke https://my.bookmyshow.com/e/ASKAKL25 . – WILAYAHKU