PENYALURAN peruntukan berbentuk bantuan khususnya Program Pembasmian Kemiskinan diberi tanpa mengira soal kaum atau bangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa peruntukan tersebut diagihkan berdasarkan keperluan seperti kadar miskin tegar yang dikenalpasti dalam sesebuah lokaliti.
“Peranan kita cari fakta dan jangan terbawa-bawa dengan sentimen kaum.
“Siapa kata RM130 juta itu khusus untuk AMANAH Ikhtiar? Bantuan kemiskinan tegar di Kuala Lumpur semua majoriti yang miskin tegar adalah kaum India.
“Jadi, sekarang kata tetapi bila dia guna isu ini dan pengaruhi rakyat saya tak fikir adil kalau ada keluarga miskin tegar, saya akan bertanggungjawab kenaikan soal pendapatan sederhana Orang Melayu fikir lain pula.
“Ini yang saya nak elakkan Sebab itu saya tak setuju media mengangkat hanya satu kaum sahaja”,katanya dalam sidang media di Subang Jaya hari ini.
Tambahnya, beliau sememangnya tidak bersetuju sekiranya pembasmian kemiskinan mengikut profil kaum semata-mata berikutan ia merupakan masalah yang harus diatasi merentasi kaum, bangsa dan agama.
Menjelas lanjut, Perdana Menteri berkata program pembasmian kemiskinan di bawah kerajaan tidak sekadar pemberian bantuan tunai, bahkan ia turut ditawarkan menerusi Latihan T-VET.
“Untuk pertama kalinya, kita memberikan Latihan T-VET kepada kaum India secara special case dan kita perlu berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memperkenalkan program tersebut sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup dan keluar dari kemiskinan,” katanya.-WILAYAHKU