Berita

Pembaharuan KL, cegah sumbang mahram – Zoey Rahman

- Diterbit 30 Januari 2021 12:23 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan pembaharuan semula Kuala Lumpur ke arah menjadikannya sebuah ibu kota yang maju, menarik dan kondusif.

Misalnya pembinaan semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam usaha mengurangkan gejala negatif dalam masyarakat.

Menurut Zoey, rumah yang selesa antara faktor penting dalam mencegah kes sumbang mahram.

“Sudah tentu rumah yang selesa sangatlah diperlukan bagi sesebuah keluarga. 

“Antara kebaikannya adalah untuk mengelak sumbang mahram antara ibu bapa dengan anak atau adik beradik.

“Apabila anak-anak lelaki dan perempuan meningkat remaja, mereka perlu mempunyai bilik yang berasingan dan ini dituntut dalam Islam.

“Dengan adanya pembaharuan Kuala Lumpur ini, saya fikir ia salah satu cara untuk mencegah kes sumbang mahram yang memang banyak berlaku dalam masyarakat kita,” jelas Zoey yang kini mengusahakan produk kosmetik, Mika Series yang kini semakin laris di pasaran. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas