Selebriti

Pelawak veteran, Wahid Satay meninggal dunia

- Diterbit 22 Mei 2023 2:45 AM MYT

PELAKON dan pelawak veteran terkenal, Wahid Satay, 93, meninggal dunia di kediamannya di Singapura, pukul 8 pagi tadi.

Berita pemergian tersebut dikongsikan oleh beberapa seniman lain dalam media sosial yang turut memaklumkan jenazah boleh dilawati buat kali terakhir di Teban Gardens Road, Teban View, Singapura.

Difahamkan, jenazah Wahid atau nama lengkapnya Abdul Wahid Ahmad akan dikebumikan di Pusara Aman pada pukul 1 tengah hari ini.

Terdahulu, tersebar berita dalam kumpulan WhatsApp tanpa disebutkan secara terperinci.

“Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan, dunia seni kehilangan seorang lagi bintang nostalgia, Seniman Wahid Satay atau Abdul Wahid bin Ahmad kembali ke rahmatullah sekitar jam 8 pagi pada 22 Mei 2023 di Singapura pada usia 93 tahun.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Aamiin. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas