Berita

Pelan strategik Putrajaya Sihat Sejahtera lahir pekerja produktif

SEKITAR Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil. 2/2024 di Putrajaya. FESTIVAL Budaya Putrajaya 2024 yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad lalu merupakan antara persiapan penting menjelang Malaysia sebagai tuan rumah ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Acara tiga hari yang berlangsung dengan penuh meriah itu dilihat berpotensi besar untuk menjadi platform utama dalam mempromosikan seni, budaya, dan warisan Malaysia kepada pengunjung tempatan serta pelancong antarabangsa. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, festival itu sebahagian daripada hasrat Perdana Menteri untuk menjadikannya acara tahunan yang menonjolkan warisan budaya negara. “Malaysia akan mengambil alih Kepengerusian ASEAN pada 2025, memberi peluang kepada negara kita untuk terus memperkasakan dan mempromosikan seni, budaya dan warisan ke peringkat serantau dan antarabangsa. “Ini merupakan penghormatan p e n t i n g y a n g d a p a t menonjolkan peranan kita dalam memperkayakan khazanah seni, budaya di rantau ini,” katanya ketika ditemui selepas acara kemuncak Majlis Perasmian Malam Gala Warna-Warni MADANI di Putrajaya. Beliau berkata selaras dengan prinsip Malaysia MADANI, festival ini turut membawa mesej yang lebih besar iaitu membina masyarakat yang berteraskan nilai kebersamaan, hormatmenghormati dan terangkum. “Melalui festival ini, kita dapat memperlihatkan bagaimana seni dan budaya mampu menjadi medium penyatuan dan keharmonian sejajar dengan visi Malaysia MADANI yang inklusif dan sejahtera,” ujarnya. Berkongsi lanjut, Zaliha berkata kerajaan juga telah memperuntukkan bajet yang signifikan kepada sektor kebudayaan dan pelancongan berjumlah RM350 juta untuk meningkatkan promosi dan pembangunan pelancongan di pelbagai peringkat. “Peruntukan ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk memperkasa kedua-dua sektor ini, bukan sahaja melalui festival dan acara kebudayaan seperti ini tetapi juga melalui pelbagai inisiatif yang akan memperkukuhkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini dan di peringkat global,” ujarnya. SELARAS dengan aspirasi Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam menjadikannya bandar hijau rendah karbon, satu Anugerah Inisiatif Hijau (AIH) Putrajaya diadakan untuk meningkatkan penglibatan penduduk dan warga kerjanya dalam melaksanakan inisiatif hijau yang kreatif dan inovatif. Menurut Presiden PPj, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud, objektif utama AIH Putrajaya adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada institusi awam dan swasta yang telah mengamalkan inisiatif rendah karbon secara berterusan di Putrajaya. “AIH Putrajaya merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan Perubahan Iklim Putrajaya 2030 (PCAP 2030) – Tindakan S1: Transform Existing Resident’s Association, Local Business and Industries into Low Carbon Communities. “Sebanyak 22 penyertaan yang diterima daripada sekolah, institusi awam dan swasta telah layak menerima anugerah ini untuk empat inisiatif AIH Putrajaya 2024 iaitu penjimatan elektrik, penjimatan air, pengurangan sisa pepejal dan kenderaan rendah karbon,” ujarnya. Fadlun berkata adalah menjadi harapan PPj bahawa anugerah ini dapat memberi motivasi dan dorongan kepada institusi awam atau swasta di Putrajaya untuk terus melaksanakan amalan hijau rendah karbon sebagai sebahagian daripada operasi dan pengurusan di premis. “Perkara ini secara langsung dapat menyumbang kepada pencapaian sasaran pengurangan pelepasan karbon Putrajaya sebanyak 33 peratus menjelang tahun 2030. “Di samping itu, ia juga dapat memberi manfaat kepada premis dalam menjimatkan kos operasi khususnya bayaran bil elektrik, air dan pengurusan sisa pepejal,” ujar beliau. Terdahulu, penganjuran anugerah ini dilaksanakan bersama rakan strategik iaitu Tenaga Nasional Berhad, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd dan Suruhanjaya Tenaga. AIH galak amalan hijau Langkah menuju ASEAN 2025 MESYUARAT Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bilangan 2/2024 pada Selasa meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai satu daripada inisiatif di bawah ANMS. Pelan itu bertujuan menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang mempunyai status kesihatan baik supaya mereka dapat berfungsi secara produktif bagi membangunkan negara Malaysia. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet ANMS berkata pelan strategik PSS menggariskan pelbagai strategi, inisiatif dan sasaran yang perlu dicapai menjelang 2030.
- Diterbit 27 September 2024 6:15 PM MYT

MESYUARAT Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bilangan 2/2024 pada Selasa meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai satu daripada inisiatif di bawah ANMS.

Pelan itu bertujuan menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang mempunyai status kesihatan baik supaya mereka dapat berfungsi secara produktif bagi membangunkan negara Malaysia.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet ANMS berkata pelan strategik PSS menggariskan pelbagai strategi, inisiatif dan sasaran yang perlu dicapai menjelang 2030.

“Ia bermatlamat menurunkan prevalen faktor risiko kesihatan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya melalui pelaksanaan dasar berkaitan pembudayaan hidup sihat dan persekitaran yang menyokong kesihatan di samping meningkatkan literasi kesihatan serta amalan budaya hidup sihat di tempat kerja,” ujar beliau.

PSS akan dilaksanakan bermula fasa rintis 2024 hingga 2025 dengan tinjauan untuk mendapatkan data asas akan diadakan tahun ini, seterusnya tinjauan keberkesanan fasa rintis dilakukan pada penghujung 2025.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid berkata antara strategi yang digunakan dalam melaksanakan PSS ialah mengukuhkan literasi kesihatan penjawat awam dan persekitaran yang menyokong kesihatan, pemantapan intervensi kesihatan pembudayaan hidup sihat dan mengukuhkan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

“16 inisiatif akan dilaksanakan sebagai indikator pengukuran kejayaan PSS manakala kejayaan pelaksanaan inisiatif PSS akan diukur melalui kajian dan tinjauan yang akan dilaksanakan kelak.

“Ia merangkumi Tinjauan Literasi Kesihatan Malaysia 2028, Indeks Cara Hidup Sihat Malaysia 2028, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2028 dan Kajian Pasca Keberkesanan PSS 2030.

“Berkonsepkan pendekatan whole of nation, kejayaan PSS bergantung pada pemerkasaan penjawat awam dan komitmen rakan strategik dalam ANMS dan isu kesejahteraan kesihatan perlu dilihat merentas sektor kementerian atau agensi serta tema kesihatan perlu berada dalam semua dasar,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas