Berita

PDRM KL juara Kejohanan Merdeka Open Fours 2023

PASUKAN PDRM KL bersama Rithuan (tengah) selepas muncul juara Kejohanan Merdeka Open Fours 2023 baru-baru ini.
- Diterbit 10 September 2023 7:00 AM MYT

PASUKAN SSB dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur muncul juara di Kejohanan Labuan Merdeka Open Fours 2023 yang berlangsung di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan, baru-baru ini.

SSB berjaya menewaskan pasukan JE Niaga dari Labuan dalam perlawanan ­akhir seterusnya merangkul hadiah wang tunai RM10,000, medal dan piala iringan sementara naib juara pula membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 berserta medal.

Manakala tempat ketiga bersama ­disandang oleh pasukan WIPERS C dari Labuan dan JBC B dari Sabah sekali gus memperoleh wang tunai RM3,000 dan medal.

Majlis penyampaian hadiah ­disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

Terdahulu, lebih 40 pasukan dari ­dalam dan luar negara menyertai Kejohanan Merdeka Open Fours 2023 yang ­dianjurkan Persatuan Lawnball Labuan dengan ­kerjasama Perbadanan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Labuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas