JANA PENDAPATAN. Program Integrasi Pemasaran Produk Komuniti Putrajaya yang bertemakan ‘Our Community, Our Showcase’ merupakan platform yang diwujudkan bagi membantu memasarkan produk usahawan Putrajaya.
Program yang bermula sejak 11 Jun lalu diadakan dua minggu sekali iaitu pada Sabtu dan Ahad dari pukul 7.30 pagi hingga 3 petang seiring matlamat Blueprint Masyarakat Sejahtera (BMS) Putrajaya 2018-2022 dalam memacu pembangunan yang inklusif dan mampan, memperkasakan ekonomi serta taraf hidup warga Putrajaya.
Sebanyak 20 gerai telah disediakan buat para usahawan untuk memaparkan jualan serta pameran produk komuniti seperti jualan hasil tanaman Kebun Komuniti Presint 16 yang terdiri daripada Bayam Brazil Crispy. -WILAYAHKU
