Berita

Operasi pejabat Tabung Haji Lahad Datu ditangguhkan

- Diterbit 28 September 2020 3:48 AM MYT

OPERASI pejabat Tabung Haji (TH) Lahad Datu, Sabah ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan, demikian menurut TH.

TH menerusi satu hantaran dalam laman sosial Facebook memaklumkan, penangguhan operasi dibuat susulan proses saringan kesihatan terhadap semua petugas di situ.

Sementara itu, waktu operasi pejabat TH di Tawau dan Semporna, Sabah juga telah diubah kepada 10 pagi hingga 3 petang bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan, bagi mengawal jangkitan COVID-19.

“Pendeposit boleh melakukan transaksi TH mengunakan perkhidmatan dalam talian THiJARI dan rakan strategik TH,” menurut TH. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas