PENGELUAR cip yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Nvidia pada Selasa menjadi syarikat paling bernilai di pasaran saham.
Nilai pasaran Nvidia melonjak kepada US$3.33 trilion, didorong oleh permintaan tinggi bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mengatasi gergasi perisian Microsoft.
Saham Nvidia meningkat 3.5 peratus pada Selasa, manakala saham Microsoft mengalami sedikit penurunan.
Syarikat lain yang tersenarai di bursa dengan nilai pasaran melebihi US$3 trilion adalah Apple, dengan sahamnya melonjak minggu lalu selepas mengumumkan ciri-ciri AI baharu.
Sementara itu, Microsoft menggabungkan kecerdasan buatan ke dalam produknya melalui perkongsian bernilai berbilion dolar dengan OpenAI, pencipta chatbot ChatGPT.
Kenaikan harga saham Nvidia pada hari Selasa berikutan pengumuman perkongsian dengan Hewlett Packard Enterprise untuk melaksanakan teknologi AI dalam perniagaan. – BERNAMA-XINHUA