Berita

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup kukuh

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 14 November 2023 11:05 AM MYT

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kukuh hari ini sejajar dengan prestasi positif di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 naik 13.5 mata kepada 1,454.5, Disember 2023 meningkat 12.5 mata kepada 1,454.0, Mac 2024 menokok 13.0 mata kepada 1,442.0 dan Jun 2024 menambah 11.5 mata kepada 1,441.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,969 lot daripada 7,771 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 47,854 kontrak daripada 47,657 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 6.54 mata kepada 1,451.72 berbanding paras penutup 1,445.18 sebelumnya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas