TULAR dalam media sosial apabila muncul netizen yang mempertikaikan status isteri pelakon popular Azlee Khairi iaitu Nurul Hidayah atau Dhiya.
Dakwaan netizen tersebut kononnya Dhiya baru sahaja sah bercerai dengan bekas suaminya pada Disember 2021, tidak seperti yang dilaporkan bahawa perkahwinan mereka telah berlangsung setahun yang lalu.

Menerusi pengguna media sosial Facebook atas nama HasnyAnn Jr Liun mendakwa Dhiya masih isteri kepada adiknya setahun yang lalu.
“Hebat sangat statement korang ar.. Dah kahwin setahun yang lalu konon. Setahun yang lalu ko masih isteri adik aku.
“Bulan Disember 2021 yang lepas baru cerai la bodoh..boleh ke daftar nikah lain?
“Anak ko tu masih berbin adik aku..adik aku yang sanggup jaga maruah ko walaupun ko dah berzina dengan lelaki lain.
“Jangan cakap aku fitnah. Bukti ada..lain kali buat statement biar pakai otak,” tulisnya.
Apa-apa pun, walaupun luahan pengguna Facebook ini sudah tular, diharapkan masyarakat di luar sana tidak membuat apa-apa spekulasi terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. Doakan yang terbaik.
Terdahulu, Azlee telah membuat pengakuan kepada media yang dia sudah berkahwin dengan Dhiya pada Januari 2021.
Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.
Bagaimanapun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang. – WILAYAHKU