Selebriti

Neelofa umum nama anak kedua, Abdullah Abbas

- Diterbit 18 Julai 2023 3:10 PM MYT

SELEBRITI popular Neelofa memilih telah mengumumkan nama anak keduanya hari ini.

Bayi lelaki itu telah dinamakan sebagai Abdullah Abbas dan perkara tersebut dikongsikan Neelofa menerusi laman sosial Instagramnya pada Selasa.

“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.

“Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih.

“Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yangg dijanjikan Nabi saw.

“Sehingga ada hadith nabi saw bertanya Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga Dan Bilal menjawab;

“Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat!’” Riwayat al-Bukhari (1149).

“Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas,” tulisnya.

Neelofa sebelum ini memberitahu kepada media akan mengumumkan nama cahaya mata keduanya selepas tujuh hari kelahirannya.

Abdullah Abbas dilahirkan secara normal pada 11 Julai lalu, jam 10.45 malam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas