Berita

Napie Spider meninggal dunia

- Diterbit 22 November 2024 11:05 AM MYT

GITARIS kumpulan Spider, Napie atau Hanafi Hamdan, 51, meninggal dunia kira-kira jam 3.45 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.

Berita pemergian Napie disahkan isteri, Norasidah Said.

Napie dikejarkan ke hospital pada tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang untuk urusan kafan serta solat jenazah dan dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang.

Terdahulu Napie yang juga jurutera muzik, Luncai Emas, dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan strok di Studio Luncai Emas pada 16 Julai lalu.

Allahyarham kemudiannya menjalani pembedahan di kepala pada 27 Julai dan keadaannya terus lemah.

Allahyarham Napie meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata.

Terdahulu, Spider kehilangan pemain bes, Tony Iskandar yang ditemui meninggal dunia di studio rakaman pada 30 Jun 2024. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas