“CUKUPLAH nak YTJT (yang tahu je tahu) benda lama la, zaman dulu la…Nak aku mati ke baru korang nak diam pasal aku?” luah penyanyi popular menerusi hantaran di Instagramnya.
Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 31, meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila dirinya difitnah susulan tular gambarnya bersama seorang lelaki di. platform X.
“Sorry semua. Aku bersuara bukan sebab nak perhatian dari sesiapa. Aku sedih sebab aku tak kuat.
“Dulu bila orang cakap macam-macam pasal aku, aku ada tempat nak mengadu dekat mak aku. Sekarang aku tak nak mengadu dekat siapa.
“Aku bukan baik mana pun. Sama macam orang lain ada buat silap. Tapi janganlah sampai nak fitnah tuduh aku dengan adik ipar aku sendiri benda yang tak ada,” katanya.
Pelantun lagu Bayang itu mengaku tertekan atau stres apabila fitnah tersebut menguji emosinya. Bagi Khai, setiap orang sepatutnya jaga aib masing-masing dan berhubung dengannya sendiri jika timbul sesuatu isu.
“Aku masih ada iman cuba untuk kuat. Aku sampai tahap tak ada arah tuju. Bukan nak minta simpati. Kalau tak mampu nak bagi orang senyum, janganlah bagi orang stres sampai tahap hilang kawalan.
“Aku tidak menidakkan kalau benda yang aku buat itu betul dan aku tak pernah jawab ye atau tak, bila soalan pelik-pelik.
“Jagalah aib masing-masing. Kalau rasa tak puas hati dengan aku DM (mesej personal) direct. Tak payah cakap open benda tak ada.
“Kalau nak cakap benda lama, please bro. Open your mind. Hidup kita bukan mengundur. Aku dah cuba jadi yang terbaik untuk aku dan orang-orang aku sayang terutamanya famili,” tambahnya lagi.
Semoga penjelasan Khai Bahar ini menepis segala fitnah terhadap dirinya dan memberi pengajaran kepada kita semua agar berhati-hati dalam membuat komen dalam media sosial. – WILAYAHKU