DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menaiktaraf tiga taman permainan kanak-kanak sebagai memenuhi standard keselamatan ditetapkan SIRIM.
tiga taman permainan kanak-kanak yang dinaiktaraf pada tahun lalu ialah Taman Permainan Jalan Marudi 6, Taman Beringin; Jalan Setiawangsa 21, Setiawangsa dan Lorong Tempinis, Bangsar.
Ia bertujuan menyediakan kemudahan rekreasi yang selamat, selesa dan mesra pengguna demi kesejahteraan warga kota khususnya kanak-kanak.
“Inisiatif ini bukan sahaja memberi keutamaan kepada keselamatan dan keselesaan kanak-kanak, tetapi juga menepati aspirasi ‘Bandar Untuk Semua’ dengan mengambil kira keperluan serta kepentingan setiap golongan masyarakat.
“Projek naiktaraf ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kota.
“DBKL juga mengharapkan kerjasama penduduk untuk menjaga kebersihan dan kemudahan ini agar kekal dalam keadaan baik dan dapat dinikmati untuk jangka masa yang panjang.
“Mari bersama-sama memastikan Kuala Lumpur terus menjadi bandar yang inklusif, selamat dan mesra demi kesejahteraan bersama,” ujar DBKL menerusi hantaran di Facebook. -WILAYAHKU