KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga kepada anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), susulan kemalangan maut di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.
Kemalangan itu membabitkan lori membawa muatan batu dan trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu itu.

Razarudin mewakili warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa sedih dengan insiden yang menimpa mereka.
“Jasa mereka yang terkorban amat dihargai memandangkan kemalangan itu berlaku selepas mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.
“PDRM akan memastikan kebajikan keluarga anggota yang terkorban ini diberikan perhatian sebaiknya,” katanya.
Terdahulu lapan anggota FRU maut dalam kemalangan tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 pagi. – WILAYAHKU