AKHIRNYA segala teka-teki terjawab apabila kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila mengesahkan bakal bercerai dengan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam waktu terdekat.
Nabila berkata demikian kepada pihak media apabila suaminya itu menyatakan niat untuk tidak meneruskan rumah tangga mereka yang dibina pada tahun 2021.
Engku Emran juga telah keluar daripada rumah Nabila sejak awal Januari lalu.
“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan,” katanya yang mengaku tidak dapat lari dari dugaan meskipun sudah buat yang terbaik.
Rata-rata komen dalam media sosial mendoakan yang terbaik buat Nabila dan Emran.
“Cantik macam ni pun nak berpisah,” tulis netizen.
“Dia punya level kahwin perhhhh. Aku ni putus terus single,” komen pengguna media sosial.
“Tabahnya Nabila,” luah seorang peminat.
Terdahulu media melaporkan rumah tangga pasangan itu didakwa bermasalah dan di ambang perceraian.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021.
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – WILAYAHKU