PENYERTAAN kali ketiga MyCar di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 kali ini amat bermakna kerana dipilih menjadi kenderaan e-hailing rasmi untuk MAHA.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena Maideen berkata amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu kerana memilih MyCar.
“Pameran MAHA ada satu program besar yang diadakan dua tahun sekali.
“Saya sangat bangga dan berterima kasih kepada perdana menteri dan Mohamad Sabu kerana memilih menjadi kenderaan e-hailing rasmi untuk MAHA 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam pameran MAHA 2024 di di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Menurut Noor Sheena, sebanyak 50 kenderaan MyCar telah ditampal pelekat iklan promosi MAHA 2024.
Beliau juga berkata semakin ramai juga orang yang ingin menyertai MyCar berikutan kadar caj komisien yang dikenakan adalah sangat rendah iaitu 13 peratus.
Setakat ini, Noor Sheena berkata MyCar sudah mempunyai 50,000 pemandu di seluruh negara.
MAHA 2024 berlangsung selama 12 hari bermula 11 hingga 22 September ini. – WILAYAHKU