Berita

MKN sahkan tiada pengumuman rasmi PM hari ini

POSTER mengenai perutusan khas Perdana Menteri yang ditularkan di media sosial hari ini. POSTER yang tular di laman Facebook mengenai perutusan khas yang akan diadakan pada malam ini.
- Diterbit 21 Mei 2021 8:31 AM MYT

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan bahawa tiada pengumuman khas yang akan disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkaitan dengan perkembangan terkini COVID-19 ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tiada siaran langsung YAB Perdana Menteri berkaitan Covid-19/PKP akan diadakan pada hari ini.

“Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

Terdahulu, tular di laman Facebook satu poster yang mengandungi gambar Perdana Menteri itu mengenai kononnya satu perutusan khas akan dilaksanakan pada pukul 9 malam ini.

Dalam perkembangan sama, mesyuarat MKN yang dipengerusikan oleh Muhyiddin berkaitan dengan situasi semasa sedang dijalankan dan ia turut dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas