Berita

Mexico cari alternatif kepada Facebook, Twitter

A picture taken on September 4, 2019 shows logos of US social networking websites Instagram, Twitter and Facebook, displayed on smart-phone screen, in Lille, northern France. (Photo by Denis Charlet / AFP) (Photo credit should read DENIS CHARLET/AFP via Getty Images)
- Diterbit 14 Januari 2021 4:40 AM MYT

KERAJAAN Mexico akan mempertimbangkan kemungkinan mewujudkan rangkaian sosial nasional yang menjamin kebebasan bersuara berikutan sekatan besar-besaran akaun Presiden  Donald Trump, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Presiden Mexico Andres Manuel López Obrador.

“Kami akan terus fikirkan, analisis semua yang berkaitan dengan rangkaian sosial, kami ambil berat dengan kebebasan. Jadi, isu ini (wujudkan platform sosial alternatif) yang kami mahu tangani, dan kami tidak menolak bahawa Majlis Nasional mengenai Sains dan Teknologi, Kementerian Dalam Negeri, jabatan undang-undang, kementerian luar dan komunikasi akan mencari alternatif dan kaedah lain, ” katanya dalam sidang media yang disiarkan di Twitter kerajaan.

Lopez Obrador menekankan hasrat utama kerajaan adalah untuk menjamin kebebasan di negara ini dan tiada penapisan.

“Saya sudah bercakap mengenai tindakan Twitter dan Facebook baru-baru ini. Sekali lagi, mustahil syarikat tertentu dapat ditubuhkan sebagai institusi penapisan global … Ini tidak boleh diterima dan dibenarkan, kerana bertentangan dengan kebebasan,” kata presiden.

Twitter, Facebook dan platform rangkaian sosial lain sebelum ini bertindak menggantung akaun Trump, dan ada di antaranya secara kekal.

Trump pada Selasa menyatakan platform media sosial, termasuk Twitter dan Facebook, telah melakukan “kesilapan besar” dengan menyekatnya dan memberi amaran akan “tindakan balas.”

Twitter, Facebook dan platform media sosial lain menggantung Trump susulan tindakan sekumpulan penyokongnya menyerbu Capitol AS pada Rabu lalu, kerana membantah pengesahan anggota parlimen mengenai undi elektoral saingannya Joe Biden daripada Demokrat.

Kumpulan itu bertempur dengan polis dan menyebabkan kerosakan harta awam. Enam orang, termasuk seorang polis  dan  penyokong Trump meninggal dunia dalam kejadian tersebut. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas