Mengenai Wilayahku

WILAYAHKU : Media Warga Kota merupakan sebuah akhbar mingguan (4 kali sebulan) yang diterbitkan YWP Media Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Penerbitan ini khusus untuk mempromosi tempat-tempat menarik serta aktiviti di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur selain turut menceritakan isu-isu semasa yang berlaku di sekitarnya. Ia diedarkan di lebih 400 lokasi strategik sekitar Wilayah Persekutuan.

Selain itu, ia dijadikan suara warga kota dalam mengetengahkan kehidupan, harapan serta keperluan golongan terbabit dari semasa ke semasa sejajar dengan taline ‘media warga kota’.

Fokus utama akhbar ini juga adalah di ruangan Roda Kota yang berkonsepkan majalah. Ini kerana corak penceritaannya lebih santai dan lebih memaparkan tentang warna-warni kehidupan warga kota seiring dengan pembangunan serta program yang dijalankan agensi berkaitan.

Akhbar yang mengandungi 24 halaman ini diedarkan secara percuma kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan supaya menjadi platform menyampaikan maklumat secara lebih dekat dan telus.

Penerbitan utamanya diterajui oleh Pengurus Besar, Azlan Abdul Aziz bersama Pengarang Kanan, Ayatullah Helme Mohd Hanafi serta wartawan iaitu Nazwin Nazri, Aini Mawawi, Azlan Zambry, Khairul Idin, Deel Anjer, Syahidi Bakar dan Muhamad Nizam Alang Karim; jurugambar, Nazirul Roselan dan Amin Farij Hasan; juruvideo, Azly Fariq Ramly serta pereka grafik, Rostam Afendi Ab Rashid dan Affandy Anuar. Turut disertai seorang pegawai tadbir, Fatihah Amir dan Pegawai Pemasaran, Zuhairi Mazlan.