SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menzahirkan rasa dukacita dan simpati buat keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina,Seksyen U16, Shah Alam semalam.
Dalam satu kenyataan MCMC turut meningatkan orang ramai agar tidak berkongsi gambar mahupun rakaman video kejadian di mana-mana laman seswang internet mahupun media sosial.
Katanya ini kerana bagi menunjukkan rasa empati yang tinggi dan menghormati perasaan seluruh ahli keluarga mangsa nahas berkenaan.
“Dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, adalah penting untuk kita menjaga sensitiviti dan mengelakkan diri daripada berkongsi gambar mangsa tragedi.
“Semua individu seharusnya membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.
“Ini kerana, adalah penting untuk semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.
“Berkongsi gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas,” jelasnya.
Ujar MCMC, sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – WILAYAHKU