Berita

Malaysia, New Zealand bincang usaha kukuhkan hubungan dua hala

KREDIT foto: Facebook Mohamad Hasan.
- Diterbit 20 Mac 2024 10:20 PM MYT

MALAYSIA dan New Zealand hari ini membincangkan usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang yang melibatkan kepentingan bersama.

Perkara itu dibincangkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang menerima panggilan telefon daripada Timbalan Perdana Menteri New Zealand yang juga Menteri Luar Winston Peters.

Mohamad berkongsi mengenai perbualan telefon itu di Facebook beliau.

Laporan Bernama sebelum ini menyebut Malaysia dan New Zealand menyaksikan beberapa pertukaran lawatan peringkat pemimpin sebelum ini dengan yang terakhir ialah lawatan negara Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro  tahun lepas.

New Zealand adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi kedua-dua negara setakat Jun 2023 bernilai RM6.32 bilion (US$1.42 bilion), peningkatan 15.3 peratus berbanding RM5.48 bilion (US$1.27 bilion) bagi tempoh sama pada 2022. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas