MALAYSIA tegas dengan pendekatan mengekalkan hubungan positif dan progresif dengan semua rakan dagang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan tersebut dilakukan sambil menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat, perniagaan serta pengeksport.
“Kesan daripada langkah tarif terkini oleh Amerika Syarikat kepada ekonomi negara masih dalam peringkat penilaian.
“Ia dinilai oleh kementerian dan agensi yang berkaitan diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
“Natijahnya, sebarang tindak balas dan langkah susulan perlu dirangka secara teliti dan masih terdapat ruang untuk mengadakan perbincangan dan dialog dengan para rakan dagang utama negara,” ujar beliau di laman Facebook.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat National Geoeconomic Command Centre (NGCC). – WILAYAHKU