Berita

Majikan diingatkan sedia penyata EA, EC 2023 sebelum 29 Februari

- Diterbit 22 Februari 2024 5:20 PM MYT

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengingatkan majikan untuk menyedia dan menyerahkan penyata saraan EA dan EC pekerja bagi 2023 sebelum atau pada 29 Feb ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan peruntukan subseksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), majikan bertanggungjawab untuk menyedia dan menyerahkan Borang C.P. 8A (EA)/C.P.8C (EC) atau penyata saraan EA dan EC dengan lengkap setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan kepada semua pekerja.

Kegagalan majikan melaksanakan tanggungjawab itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b) ACP 1967, yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menurut kenyataan itu, majikan boleh merujuk nota panduan untuk mengisi Penyata EA dan EC yang disediakan dalam portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my atau https://www.hasil.gov.my/media/4jjh00qh/nota-penerangan-e-2023.pdf. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas