Selebriti

Main tepuk-tepuk punggung jatuhkan maruah wanita? Ini jawab Ifa Raziah

DS Vida Dan Che Ta Pot mendapat kecaman netizen.
- Diterbit 15 Jun 2022 9:43 AM MYT

VIDEO tular main tepuk-tepuk punggung bersama Kak KM, DS Vida, Che Ta Pot Pet yang tular hanya dianggap gurauan oleh selebriti popular Ifa Raziah.

Ifa juga menafikan gurauan bersama rakan-rakan baiknya itu menjatuhkan martabat wanita, sebaliknya itu hanya perkara biasa yang mereka lakukan setiap kali berjumpa.

“Yang tepuk itu perempuan sesama perempuan. Macamlah wanita lain tak pernah bertepuk. Yang orang lain bertepuk kau tak nampak, yang aku tepuk kau nampak.

“Bukan suami kau yang tepuk bontot aku atau aku tepuk bontot suami kau. Itu lain la ceritanya.

“Kami sekadar bergurau senda sesama kawan. Saya tak buat benda yang melampau pun. Bukannya saya berbogel, selak kain, selak baju dan nampak benda-benda yang tidak sepatutnya.

“Itu cara kami bergurau sesama kawan. Tetapi tanggapan orang lain berbeza-beza. Saya pun tak boleh nak hentikan apa orang kata,” katanya yang melakukan aksi tersebut di perkarangan Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur

VIDEO tular main tepuk-tepuk punggung Ifa Raziah bersama Kak KM, DS Vida Dan Che Ta Pot mendapat kecaman netizen.

Video itu dikatakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Minggu Usahawan Negara 2022 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, memang niat mereka membuat video berkenaan adalah untuk menjadi ‘viral’ dan telah dipersetujui oleh setiap seorang yang terlibat dalam video berkenaan.

“Kita buat video ini untuk ‘viral’ sebab nak orang tahu tempat ini. Tempat yang kami berdiri dalam video itu adalah tempat yang kami nak buat majlis itu nanti,” ujarnya lagi. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas