Selebriti

M. Nasir kembalikan jati diri bangsa Melayu

|KEON penulis lirik lagu Senandung Melayuku nyanyian Datuk M. Nasir
- Diterbit 23 Februari 2022 8:40 AM MYT

TIDAK pernah mengecewakan. Begitulah diibaratkan lagu-lagu yang nyanyian Datuk M. Nasir.

Terbaru, M. Nasir muncul dengan lagu Senandung Melayuku ciptaannya bersama Brad Parker dan lirik oleh Keon.

Menurut Keon, lagu yang dihasilkan pada tahun 1998 dan diterbitkan semula ini mempunyai maksud yang mendalam dan tersirat.

“Senandung Melayuku adalah sebuah gambaran dan peringatan kepada bangsa Melayu hari ini yang pernah melalui zaman kegemilangan.

“Melayu adalah bangsa yang melalui pelbagai ujian dan dugaan. Dalam masa yang sama, agama Islam dijadikan pendinding diri.

“Dalam masa yang sama, Senandung Melayuku juga menceritakan tentang takkan hilang adat dan Bahasa walau apa pun terjadi,” katanya.

KEON penulis lirik lagu Senandung Melayuku nyanyian Datuk M. Nasir

Sebagai penulis lirik, Keon turut mengingatkan bangsa Melayu bahawa pegangan terhadap Islam harus kukuh.

“Jika terus dihayati bait-bait lirik Senandung Melayuku, ia menasihatkan kita agar sentiasa berhati-hati menilai akal dan nafsu agar kita semua memperoleh keredaanNya.

“Harus kita ingat, hanya ilmu sahaja yang dapat menyelamatkan kita. Insha-Allah, semoga kita semua terus berada dalam rahmat Allah,” tambahnya lagi.

Keon juga meluahkan rasa terharu apabila M. Nasir yang dianggapnya sebagai lagenda muzik sudi bekerjasama dengannya.

“Bila diminta menulis lirik untuk lagu Senandung Melayuku, saya terkejut. Tak sangka dia minta saya menulis lirik lagu yang dia sendiri akan nyanyikan.

“Selama bersama dan membantu kerjaya muzik beliau, saya tidak pernah meminta atau bertanya untuk menghasilkan lirik lagu buat beliau,” ujarnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas