Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lensa

Lorong Hantu Kecil permata retro ibu kota

- Diterbit 24 Mei 2024 11:50 AM MYT

Foto oleh ARIFF AZMAN

SENI bina bangunan lama di sekitar bandar raya Kuala Lumpur sememangnya menarik perhatian pelancong untuk mengabadikan foto, malah struktur yang dibina sejak zaman kolonial itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan berpotensi menjadi lokasi tumpuan.

Antara lokasi istimewa di pusat bandar KL adalah Kwai Chai Hong yang membawa maksud Lorong Hantu Kecil dalam bahasa Kantonis. Hot spot ini meriah dengan pelbagai tarikan terutamanya suasana retro daripada barisan mural yang menggambarkan kehidupan silam di zaman 1960-an.

Menelusuri lorong sepanjang 36 meter tersebut, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai sentuhan artistik di dinding batu konkrit serta jambatan kayu yang sarat dengan seni budaya masyarakat Cina dan pelbagai kaum lain.

Biarpun nama Lorong Hantu Kecil menimbulkan rasa seram kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya namun ia merupakan tempat kegemaran bakal pengantin untuk merakamkan detik bersejarah mereka.

Lokasinya yang agak tersembunyi menjadikan Kwai Chai Hong sebagai salah sebuah permata retro ibu kota yang semakin dikenali ramai. Dibuka setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 12 malam, bagi yang berjalan kaki, hanya  memakan lima minit sahaja dari Stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni.

Koleksi foto LENSA:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas