TRENDING
Empat ditahan disyaki kemuka dokumen palsu permit pekerja asing
Ahli perniagaan, ADUN bergelar Datuk ditahan disyaki minta, terima rasuah
Anwar doakan kesihatan berterusan buat Abdul Hadi
Bekas Presiden MIC, G Palanivel meninggal dunia
Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads
  • Khamis, 19 Jun 2025
  • Berita

    Nasional
    Global
    Wawancara
    Cakna
    Fitnah vs Fakta

    Sukan

    Atlet Wilayah

    WK2

    Fokus
    Biz
    Selebriti
    Singgah
    Selera
    Sketsa Semasa
    Personaliti

    Artikel

    Pojok
    Cerita Kedai Kopi
    Catatan Kota Batu
    Minda
    Rencana
    Agama
    Advertorial
    Menarik di WP

    Lain-Lain

    WK TV
    e-Paper Wilayahku
    Lensa
    WK Shop
    Santai
    Tentang Kami
    Hubungi Kami
    E-Aduan

    PAUTAN

    Kuala Lumpur
    Putrajaya
    Labuan

    Ikuti Kami

    Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads
  • Utama
  • Berita
    • Utama
    • Global
  • Sukan
    • Atlet Wilayah
  • WK2
    • Biz
    • Fokus
    • Singgah
    • Selera
    • Personaliti
  • Selebriti
  • E-Paper
  • WKTV
  • Santai
Berita

Logo mirip Kalimah Allah di tapak kasut: Vern’s beri keterangan kepada JAKIM

KREDIT foto: BERNAMA.
  • BERNAMA
  • Dikemaskini 8 Mei 2024
- Diterbit 8 April 2024 12:55 PM MYT

SYARIKAT Vern’s Holding Sdn Bhd hari ini tampil memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung isu logo kasut keluarannya yang didakwa mirip kalimah Allah, tertera pada tapak kasut berkenaan.

Pengasasnya Datuk Seri Ng Chuan Hoo atau dikenali sebagai Ah Foo, 51, hadir memberi keterangan hampir sejam kepada pegawai JAKIM di sini, bermula pukul 11 pagi tadi.

Beliau yang ditemui media selepas memberi keterangan berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan JAKIM serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai isu itu.

Beliau seterusnya memohon maaf dan bertekad menjadikan isu sebagai satu iktibar supaya ia tidak berulang pada masa hadapan.

“Saya minta maaf (dalam) isu ini, saya belajar daripada salah faham ini dan akan lebih sensitif dan lebih berhati-hati pada masa hadapan. Masa depan berniaga kena berhati-hati dan hormat,” katanya sambil berulang kali menunduk memohon maaf.

Ah Foo berkata ketika isu berkenaan tercetus, beliau telah mengarahkan supaya kasut berkenaan terus disimpan dan tidak dijual di mana-mana kedai.

“Saya terus beri arahan, terus simpan dan tidak bagi jual lagi… langkah pertama kena hormat,” katanya.

Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa kasut Vern’s yang dibelinya memaparkan logo yang seakan-akan kalimah Allah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini berkata polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu logo berkenaan, dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam sidang media hari ini pula Razarudin berkata 1,145 pasang kasut dirampas bagi membantu siasatan berkaitan isu berkenaan setakat ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas
#Allah#kalimah#Vernslogo
PrevKembaliPolis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah
SeterusnyaJAKIM pandang serius isu kasut didakwa mirip kalimah AllahNext

BERITA SEMASA

OSA 2.0 tamat, Malaysia–World Bank garap agenda pembangunan masa depan

7 hari yang lalu

SPRM bongkar kegiatan seleweng dana RM26 juta, lima ditahan

3 hari yang lalu

TVET dijulang setaraf akademik

3 hari yang lalu

PM Anwar ucap takziah, Malaysia berdiri teguh bersama india susulan tragedi nahas Air India 171

7 hari yang lalu
Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads

Lokasi

  • Aras 9, Blok 1, Menara Seri Wilayah
  • Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Presint 2, 62100, Putrajaya

Hubungi Kami

  • [email protected]
  • 03-88615260

Copyright © 2024 WilayahKu. Hak Cipta Terpelihara.

Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads

UTAMA

Berita

Nasional
Global
Wawancara
Cakna
Fitnah vs Fakta

Sukan

Atlet Wilayah

WK2

Fokus
Biz
Selebriti
Singgah
Selera
Sketsa Semasa
Personaliti

Artikel

Pojok
Cerita Kedai Kopi
Catatan Kota Batu
Minda
Rencana
Agama
Advertorial
Menarik di WP

Lain-Lain

WK TV
e-Paper Wilayahku
Lensa
WK Shop
Santai
Tentang Kami
Hubungi Kami
E-Aduan

PAUTAN

Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan