Berita

Lisa Surihani sah hamil anak ketiga

- Diterbit 24 Februari 2021 12:39 PM MYT

BERITA gembira buat Datuk Yusry Abdul Halim apabila isterinya, Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga mereka.
Bagaimanapun, Yusry belum bersedia mendedahkan berapa usia kandungan isterinya.

“Gambar kami berdua semalam yang dimuat naik nampaknya mengundang spekulasi itu ini. Tak apa benda baik, jadi lambat laun akan tahu juga.

“Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.

“Semoga dipermudahkan. Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga kami panjangkan untuk semua,” katanya

Beberapa minit lalu, Yusry turut memuat naik gambar potret berupa abjad mewakili dua anaknya.

Malah sekali gus, Yusry turut meleraikan persoalan isterinya yang dikatakan hamil.

“Ikutkan berita isteri saya hamil sudah dikongsi sesama ahli keluarga. Cuma tidak secara terbuka sebelum ini.

“Dalam hati, soal ini, kami tak boleh mementingkan diri. Ada pasangan yang ditakdirkan lambat beroleh rezeki. Kami juga pernah melalui fasa berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang senang. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap untuk mendapat cahaya mata. Insya-Allah,” kata Yusry.

Yusry dan Lisa bernikah pada 23 Februari 2012. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas