Berita

LIMA MENU EAT CLEAN RINGKAS

|||||
- Diterbit 17 Oktober 2021 1:00 AM MYT

MENCARI menu eat clean yang boleh dicuba?

Kami yakin pasti ada di kalangan pembaca yang ingin berdiet secara sihat. Semestinya anda akan mulakan diet sihat anda dengan menikmati menu eat clean yang keberkesanannya tidak diragui lagi.

Kekeringan idea memikirkan resipinya? Jangan risau, berikut kami senaraikan lima idea menu eat clean untuk anda cuba. Selamat mencuba!

CLEAN ROLL

BAHAN-BAHAN

Isi ayam

Udang

Daun ketumbar

Cili api

Bawang

Tauhu

Lobak merah

Kubis

CARA PENYEDIAAN

  1. Menggunakan pemproses makanan, kisarkan semua bahan kecuali kubis, udang dan lobak.
  2. Masukkan lobak untuk dicarik halus ke dalam pemproses makanan. Gaulkan bersama bahan kisar lain.
  3. Leraikan kubis dan letakkan bahan-bahan kisar bersama isi udang di atasnya. Balutkan.
  4. Ulang langkah 3 sehingga kubis dan bahan kisar habis digunakan.
  5. Kukus selama 2-5 minit.
  6. Potong kepada dua bahagian.
  7. Sedia untuk dihidang.

KERABU AYAM TOMATO

BAHAN-BAHAN

Isi ayam direbus empuk dan dicarik

Bawang dihiris

Cili padi digunting

Limau nipis/limau kasturi

Sedikit air asam jawa

Tomato dipotong dadu

Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Gaulkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati.
  2. Sedia untuk dihidang

WANPAKU AVOKADO BALUT

BAHAN-BAHAN

2 keping Canadian purple wheat

1 sudu kecik mayonis Kewpie

1 sudu kecik sambal eat clean

1 sudu besar yogurt Greek

Salad merah gelap dan hijau

Sos

Lobak

Telur mata

Kubis ungu

Avokado

CARA PENYEDIAAN

  1. Sebatikan semua bahan dan sapu di kedua-dua wrap.
  2. Bungkus padat-padat untuk setiap bahagian supaya kemas.
  3. Balutkan dengan pembalut plastik.
  4. Potong menggunakan pisau yang tajam.
  5. Sedia untuk dihidang.

UMAI AYAM

BAHAN-BAHAN

Dada ayam

Sayur-sayuran

BAHAN UNTUK TUMBUK

2 tangkai cili padi

2 ulas bawang putih

Lemon diperah

Limau nipis diperah

Hirisan bawang merah

Daun limau purut

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebus dada ayam sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian, celur sayur-sayuran dalam air rebusan ayam.
  3. Carik-carikkan isi ayam dan masukkan ke dalam bahan tumbuk. Gaulkan dengan lesung sehingga sebati.
  4. Sedia untuk dihidang.

BEBOLA AYAM KENTANG PEDAS

BAHAN-BAHAN

Kentang dipotong dadu

BAHAN KISAR

Ketumbar

Jintan manis

Lada hitam

Isi ayam

BAHAN HIRISAN

Bawang

Daun bawang

Daun limau purut

Cili

CARA PENYEDIAAN

  1. Lumatkan kentang menggunakan lesung batu.
  2. Gaulkan kentang bersama bahan kisar dan bahan hirisan.
  3. Bentukkan menjadi bebola.
  4. Panggang di atas pemanggang ajaib menggunakan api sederhana untuk beberapa minit.
  5. Sedia untuk dihidang. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas