Berita

Lelaki maut ditembak di Puchong Prima

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 14 Januari 2024 7:45 PM MYT

SEORANG lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima di sini petang tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik yang tiba pada 5.30 petang mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes tersebut.

Kenderaan polis dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada 6.15 petang. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas