Berita

Lebih 9.3 juta rakyat telah mengundi – Projek Pilihan Raya AS

- Diterbit 12 Oktober 2020 6:48 AM MYT

LEBIH 9.3 juta rakyat Amerika telah memilih dalam pilihan raya negara itu,menurut data Projek Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS), diketuai Profesor Universiti Florida, Michael McDonald.

Menurut data pada Ahad, pengundi AS telah mengembalikan sejumlah 9,345,542 borang undian mereka dengan negeri Florida, Virginia, dan Michigan mendahului (masing-masing dengan undian melebihi1.6 juta, lebih 973,000 dan lebih 844,000), lapor agensi berita Rusia, Sputnik.

Dengan mempertimbangkan data pendaftaran parti di beberapa negeri itu, terdapat lebih 2.1 juta borang undian yang dikembalikan dari Parti Demokrat (daripada lebih 22.3 juta yang diminta), manakala Parti Republik memiliki lebih 930,000 undian dikembalikan daripada 13 juta yang diminta.

Pengundian terbaharu di lima negeri utama, Wisconsin, Michigan, Pennsylvania, Florida, dan North Carolina, yang dijalankan oleh Redfield & Wilton dan dipetik oleh New York Times, menunjukkan bekas Timbalan Presiden Joe Biden mendahului Presiden Donald Trump dengan petunjuk kelebihan antara 5 hingga 10 mata.

Pada 2016, undian pada ketika yang sama juga menunjukkan Hillary Clinton dengan pencapaian yang menunjukkan kemenangan besar, namun kehilangan jumlah tersebut pada minggu-minggu terakhir.

Pada pilihan raya AS 2016, kira-kira 130 juta orang rakyat Amerika mengundi. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas