Berita

Lebih 25,000 warga asing disaring

PEKERJA asing diwajibkan membuat saringan bagi mengekang penularan Covid-19. Gambar hiasan
- Diterbit 12 Mei 2020 1:06 PM MYT

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menyaring 25,156 warga asing bagi mengesan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu seramai 1,211 didapati positif virus berkenaan.

Katanya, 495 individu pula sedang mendapatkan rawatan di hospital selain terdapat empat kematian dalam kalangan warga asing.

“Setakat ini, 25,156 orang (warga asing) kita saring. Yang positif 1,211 kes bersamaan 4.8 peratus.

“495 dalam rawatan di hospital bersamaan 50.9 peratus. Tiga kes pula sedang dirawat di ICU (unit rawatan rapi).

“Mereka yang pulih sepenuhnya adalah 712 kes bersamaan 58.8 peratus. Terdapat juga empat kematian dalam kalangan bukan warganegara setakat ini,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan memperluaskan lagi pengesanan kes sporadik di klinik di seluruh negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas