Berita

Lebih 100 peserta sertai rentas desa anjuran MPPWP Cheras Sub Zon 4, Persatuan Amal Indah

- Diterbit 14 Jun 2024 12:27 PM MYT

LEBIH 100 peserta dari pelbagai latar belakang sertai acara merentas desa anjuran bersama oleh Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Cheras Sub Zon 4 dan Persatuan Amal Indah di Taman Rekreasi Pudu Ulu, Kuala Lumpur, semalam.

Acara merentas desa ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori bagi peserta yang kurang upaya, di mana peserta dalam kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada individu kurang upaya penglihatan, serta sebahagian daripadanya adalah individu kurang upaya lain.

Kategori kedua adalah pertandingan untuk peserta-peserta rabun, di mana peserta dalam kumpulan ini masih mempunyai tahap penglihatan tertentu dan perlu menyelesaikan tiga pusingan larian secara sendiri.

Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta-peserta kurang upaya penglihatan untuk merasai pengalaman berlari, tetapi juga menggalakkan interaksi sosial dan sokongan dari masyarakat.

Dengan bantuan guru dan sukarelawan yang bertindak sebagai pemandu, peserta-peserta kurang upaya penglihatan berjaya menamatkan larian mereka dengan penuh kegembiraan dan semangat.

Ahli Parlimen Cheras, Yang Berhormat Tan Kok Wai, yang merasmikan acara ini, memuji semangat keberanian dan ketabahan para peserta merentas desa yang menjadi teladan kepada semua.

Yang turut menghadiri acara ini termasuk Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Zon Cheras Thoong Johney, Pengerusi Persatuan Amal Indah Chew Mee Waing, Pegawai Tugas-tugas Khas Pejabat Perdana Menteri dan Pengerusi MPP Cheras Sub Zon 6 Bryan Lew.

Selain itu, Pengerusi MPP Cheras Sub Zon 4 Vincy Wong, Pengerusi MPP Cheras Sub Zone 3 Leong Ooi Yee dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak Rabthah Abdul Rahim. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas