Berita

Laman Kucing DBKL jadi tempat perlindungan kucing terbiar

- Diterbit 14 Ogos 2024 2:46 PM MYT

LAMAN Kucing Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan sebuah tempat perlindungan kepada kucing terbiar, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Beliau berkata laman kucing itu juga merupakan salah satu inisiatif bagi membendung gejala ganggu-gugat dari kucing jalanan.

“Dimaklumkan Laman Kucing DBKL ini adalah satu tempat yang komprehensif bagi perlindungan kucing di mana kucing akan yang diserahkan kepada pihak laman melalui proses tapisan kesihatan dan kemudian akan dimandulkan.

“Saya berharap usaha murni ini dapat diteruskan ditempat lain bagi memberi pembelaan kepada kucing jalanan,” katanya.

Beliau hadir ke Majlis Perasmian Laman Kucing DBKL di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Ismadi Sakirin.

Menurut Ismadi idea penubuhan Laman Kucing dicetuskan bersama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri PMgr Sr Kamarulzaman Mat Salleh.

Laman Kucing DBKL ini juga merupakan satu platform bagi memperkasakan program adopsi kucing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas