Berita

Lakaran wajah suspek simbah asid kepada Faisal Halim dikeluarkan

Kredit: PDRM
- Diterbit 20 Mei 2024 10:44 AM MYT

POLIS Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan lakaran wajah, suspek yang dipercayai terlibat dalam kes menyimbah asid kepada pemain bola sepak pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei itu, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berusia lingkungan 30 tahun, bertubuh sederhana dan berkulit sawo matang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat individu berwajah seperti lakaran tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Ins M. Jagachandran, di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan malam ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas